Kesilapan
besar yang dibuat oleh ramai individu adalah mereka merancang
perbelanjaan bagi RM 10,000 tetapi hanya menerima gaji RM 5,000 setiap
bulan”
Dengar
saja perkataan perancangan kewangan, ramai yang tidak berminat dan
tidak mengambil perhatian kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam
benak fikiran mereka sejak menerima gaji yang pertama. Ramai juga yang
beranggapan, perancangan kewangan atau financial planning ( FP ), adalah
untuk mereka yang kaya-raya dan mempunyai lebih duit setiap bulan dari
gaji mereka. Tetapi, setiap individu, baik kaya atau miskin, wajib
merancang kewangan mereka agar tidak terjerumus ke dalam lembah hutang
tak berbayar, kaya tapi belum dapat harta dan kais sebulan makan
seminggu. Orang yang bergaji RM 2,000, rancang wang mereka berdasarkan
RM 2,000, orang yang bergaji RM 7,000, rancang wang mereka berdasarkan
RM 7,000.
Perancangan
kewangan sebenarnya melibatkan masa depan. Kerana di masa depan,
pelbagai kemungkinan boleh berlaku, yang baik atau buruk, yang perlukan
wang keluar atau wang masuk dan macam – macam lagi. FP juga boleh
membuatkan anda berada di situasi sebenar, tidak berada di awangan, dan
ini dapat membuatkan anda tidak bertindak secara melulu semasa membuat
keputusan mengenai kewangan.

Dalam sebulan, berapa kali anda berbelanja dan mengeluarkan duit? Berapa kali anda membeli barang keperluan? Anda tahu berapa jumlah hutang anda? Anda tahu berapa ringgit sebulan anda belanjakan untuk minum teh tarik di kedai mamak? Dan yang penting, adakah anda tahu yang anda mungkin sudah berbelanja lebih dari kemampuan?
Belum
lagi soalan seperti ini: Adakah anda mempunyai wang bagi menampung kos
pendidikan IPT anak – anak anda? Adakah anda mempunyai dana yang
mencukupi bagi menampung kehidupan anda selepas bersara untuk tempoh 20
atau 30 tahun selepas bersara? Adakah anda tahu bahawa hutang anda akan
habis sebelum anda bersara atau sebaliknya? Jika hutang masih berbaki
selepas bersara, adakah anda mempunyai sumber untuk membayarnya selepas
bersara? Nak bayar dengan wang KWSP atau Pencen?.. dan pelbagai lagi
persoalan yang dirasakan penting tetapi ’letak belakang dulu’ atau
'belum masanya untuk difikirkan lagi’. TETAPI hakikatnya, ramai yang
tidak pernah berfikir tentangnya atau menyerahkan sahaja urusan hidup
kepada takdir.
Tiada
siapa di dunia ini berminat merancang kewangan sehinggalah mereka
terjerumus ke lembah perangkap hutang. Dan yang lebih buruk, manusia
lebih berminat untuk merancang dan menumpuk koleksi hutang.
Keperluan Merancang Kewangan
Tanpa perancangan kewangan yang teratur dan padat, ramai orang seringkali dibelenggu dengan masalah kewangan. Pernahkah anda melihat rakan atau saudara yang bergaji lebih besar dari anda, tetapi menanggung hutang sebesar gunung? Perancang kewangan pernah berkata, bukanlah gaji besar yang menjadi persoalan, tetapi berapa banyak dari gaji anda yang boleh anda simpan, menjadi penentu kehidupan anda masa hadapan. Ramai orang di luar sana yang bergaji rendah dari anda, hanya berhutang rumah dan kereta sahaja, tidak memiliki kad kredit, tidak membuat hutang peribadi. Tapi mereka masih dapat hidup walaupun gaji mereka kecil daripada anda. Kerana mereka merancang. Mereka berbelanja di dalam lingkungan kemampuan gaji mereka. Tidak lebih. Sedangkan anda berbelanja di luar kemampuan gaji anda. Tidak pernah kurang, sentiasa lebih. Sebab anda tidak merancang.
Tekanan Kadar Faedah

Bank
– bank menjadi kaya dengan kadar faedah. Walaupun mereka melaungkan
kadar faedah rendah, hakikatnya mereka kaya dengan kadar faedah rendah
tersebut. Kesan kadar faedah membuatkan kos pembelian barangan berlipat
kali ganda apabila tempoh pembayaran dipanjangkan. Harga asal barang
yang dibeli menjadi 2 atau 3 kali ganda selepas habis pembayaran dibuat.
Jika
anda membeli komputer riba berharga RM 4,000 menggunakan kad kredit dan
membayarnya secara ansuran, selama 5 tahun hutang masih berbaki RM
716.39 dan jumlah faedah yang anda telah bayar adalah RM 1,619.39.
Inilah kesan kadar faedah. Jika tiada kadar faedah, hutang anda akan
habis dalam tempoh setahun lebih, tetapi anda masih membayar sehingga
tahun ke-5, itu pun belum habis. Komputer yang anda telah beli mungkin
dah rosak atau outdated.
Rumah
yang berharga RM 100,000, akan menjadi RM 250,000 lebih setelah habis
bayar. Kereta RM 50,000, akan jadi RM 75,000 selepas habis bayar.
Tekanan Inflasi
Secara
ringkasnya begini, pada 10 tahun lepas anda masih boleh
menikmati makanan tengah hari dengan hanya RM 3 di tangan,
berlaukkan ayam goreng dan 2 jenis lauk lagi, beserta minuman. Tetapi
pada hari ini, dengan RM 3, anda hanya boleh membeli ayam goreng, tiada
nasi, tiada lauk – lauk lain. Tiada air minuman. Jika anda masih
hendakkan makanan yang lengkap itu, anda harus sediakan RM 7 ke atas.
Jumlah duit masih sama, tetapi kuasa membeli menjadi semakin
kurang. RM 500,000 pada 10 tahun lepas, hanya mempunyai kuasa
membeli RM 150,000 pada hari ini. Nilainya semakin jatuh, jatuh dan
jatuh. Inilah kesan inflasi. Kesan inflasi juga membuatkan anda perlukan
gaji RM 6,543 untuk 25 tahun akan datang, untuk menyamai gaya hidup
anda dengan gaji RM 3,000 pada hari ini.
Perlindungan Pendapatan

Hanya
Allah sahaja yang tidak memerlukan sebarang perlindungan. Tetapi
manusia, tidak terlepas dari pelbagai musibah dan ujian. Tak kira
setinggi mana anda ingin daki, ke bulan sekali pun, anda tetap perlu
sediakan tali dan payung terjun, supaya apabila anda jatuh nanti, anda
tidak akan patah kaki.

Suami
mesti wariskan gajinya kepada isteri sekiranya si suami, pencari nafkah
keluarga tidak mampu lagi bekerja akibat meninggal dunia atau lumpuh
kekal. Jika anda hilang pekerjaan sebab majikan gulung tikar, anda masih
boleh pergi cari kerja lain. Jika anda diberhentikan kerja, anda masih
mendapat pampasan sementara mencari kerja baru. Tetapi jika anda ’
diberhentikan ’ terus dari dunia ini, di mana lagi gaji yang anda boleh
berikan kepada isteri untuk menampung keperluan keluarga. Bagaimana
dengan hutang piutang? Bagaimana dengan perancangan masa depan? Dana
persaraan? Dan pendidikan? Ibu bapa?
Mendapatkan
perlindungan pendapatan, bukanlah disebabkan anda yang akan ditimpa
musibah, tetapi tanggungan anda yang masih ingin dan perlu teruskan
hidup mereka ketika ketiadaan anda nanti.
Pendidikan Anak – Anak
Dulu
ibu bapa jual lembu, tanah, untuk membiayai pendidikan anak di
Universiti. Tapi sekarang apa yang boleh dijual? Jual rumah, nak duduk
di mana? Jual kereta, baki hutang lebih banyak daripada nilai kereta.

Nak
tak nak, kena buat pinjaman pendidikan. Pinjaman pendidikan bukan tak
bagus, sebab tujuannya baik. Untuk belajar. 20 tahun lepas, bagi saya ia
hutang yang baik ( good debt ), sebab lepas belajar U, jaminan
pekerjaan sudah disediakan. Gajinya pun banyak. Tetapi pada hari ini,
untuk dapatkan sekeping ijazah jurusan sejarah, anda kena pinjam RM
40,000, berbaloikah dengan gaji yang anda bakal dapat nanti? Adakah
peluang pekerjaan di bidang itu banyak?
Bila
berkata soal pendidikan, ia bukan hanya yuran universiti sahaja. Tetapi
melibatkan kos sara hidup, pengangkutan, tempat tinggal, alat bantuan
belajar dan macam – macam lagi keperluan siswazah. Sebab itu kosnya
bukan sedikit. Untuk 20 tahun akan datang, zaman anak – anak kita, kos
pendidikan bakal mencecah RM 100,000 lebih. Berapa nak bayar sebulan ?
Berapa lama nak habis?
Yang
paling teruk, ribuan lagi graduan masih terpinga – pinga mendapatkan
pekerjaan, sedangkan surat suruh bayar hutang sudah mula dihantar ke
rumah. Nak tak nak, kerja dulu di KFC, Mc Donald dan lain – lain.
Lebih
baik simpan sendiri dan bina sendiri dana pendidikan untuk anak – anak
anda. Jangan serahkan masalah pembayaran bulat-bulat kepada anak-anak
anda bila tiba masanya nanti.
Kehidupan Selepas Besara
Kehidupan
semasa muda ini semua indah. Maklumlah, anak – anak masih
kecil,tanggungan tak banyak, tak ada sakit, pendek kata semuanya
berjalan lancar. Hari bertukar bulan, bulan bertukar tahun,
akhirnya anda mencapai usia 55 tahun. Duit simpanan tiada, hanya semata –
mata duit ehsan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Cukupkah dana KWSP
untuk menampung kehidupan selepas bersara ?5
tahun dulu, bawa keluar duit untuk renovate rumah. Habis beribu – ribu.
Selepas bersara, bawa keluar RM 475,000, dan langsaikan segala hutang
piutang yang masih tertunggak. Tinggal RM 40,000 dalam bank. Selepas 3
tahun, duit hanya berbaki RM 30,000. Anda baru berusia 58 tahun. Nak
hidup kurang – kurang lagi 10 atau 20 tahun. Kerja dah tiada. Nak kerja
pun, jadi jaga bolehlah. Jangan terkejut, sudah lumrah, bila lepas
bersara, penat bekerja 30 tahun, lepas bersara semua fikir nak buat
macam – macam. Duit banyak. Jalan sana sini. Beli macam – macam.
Akhirnya, dana KWSP hanya mampu bertahan untuk tidak lebih 5 tahun.
Jadi, apakah manfaat dengan merancang kewangan?
Dengan merancang wang, anda akan tahu untuk :
Bagaimana Ayah Boleh WASIATKAN GAJINYA Kepada Keluarga Tersayang
Bagaimana Isteri Boleh Dapat NAFKAH BERTERUSAN Dari Suaminya
Bagaimana WANITA Boleh Melindungi Keperluan Hidupnya
Bagaimana Untuk Membiayai Kos PERUBATAN HOSPITAL Yang Mahal
Bagaimana Untuk Merancang TABUNG PENDIDIKAN IPT Anak
Bagaimana Untuk MELINDUNGI PENDAPATAN Anda Pada Kos Termurah
Bagaimana anda boleh menikmati PERSARAAN tanpa masalah ekonomi yang membebankan
Dan pelbagai lagi faedah dan matlamat kewangan yang boleh dipenuhi.
Kami
di DanaWarisan.com bersedia membantu anda, menyelesaikan salah faham
dan soal jawab mengenai perancangan kewangan melalui khidmat perundingan
kami. Kami juga merasa terpanggil untuk memberikan kesedaran mengenai
perancangan kewangan ini kepada segenap lapisan masyarakat agar mereka
mampu menyediakan perancangan yang terbaik buat diri dan keluarga bagi
menghadapi ketidaktentuan masa hadapan. Anggaplah kami seperti driver
anda yang berkhidmat memandu anda sebaik mungkin untuk sampai ke
destinasi yang diputuskan oleh anda tanpa terjebak dalam bencana
kewangan akibat risiko kehidupan.
Ya! Saya sedar akan kepentingan merancang kewangan. Soalnya, Bagaimana saya boleh menyusun dan merancang kewangan saya?
Baca selanjutnya . . .
Ya! Saya sedar akan kepentingan merancang kewangan. Soalnya, Bagaimana saya boleh menyusun dan merancang kewangan saya?
Baca selanjutnya . . .

